أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ ٱللَّٰهِ
Asyhadu Anla Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadan Rasulullah
Aku Bersaksi Bahawasanya Tiada Tuhan Selain ALLAH Dan Aku Bersaksi Bahawasanya Nabi Muhammad Itu Adalah Pesuruh Allah
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan sebutlah (nama) serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (untuk melanggar perintah-Nya) dan dengan tidak pula mengeraskan (menyaringkan) suara pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk (menjadi) dari orang-orang yang lalai.” (Surah al-’Araaf (7), ayat 205)
Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).
Ketahuilah, bahawa amalan berzikir itu sangat banyak fadilatnya. Antaranya ia boleh menjauhkan diri kita dari bersikap lalai dan lupa kepada Allah SWT, boleh meluruskan fikiran dan hati untuk terus mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, memberi ketenangan batin atau ketenteraman jiwa yakni sakinah.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT
#KGMastermindResources #zikir #Syahadah
Ещё видео!