Memang sah dia. 😱
Mai mana entah semut Charlie ni, first time jumpa dengan mata kasar. Selalu tengok dalam gambar ja. Try google dulu tadi memang saling tak tumpahlah.
Mujur perasan, sekor dia saja dok bersantai tepi meja dikala ambe menikmati angin malam di belakang rumah. Jadi reja pulak dok snap gambar dia.
Kalau terkena rembesan toksin dia tadi perghhh...Mau pedih, bergaris parut dan bernanah. Boleh jadi alergi teruk juga. Ada artikel kata sampai 2 minggu kesan toksin tu. Bahaya owh.
Kementerian Kesihatan menyatakan semut ini tidak menggigit hanya boleh mengeluarkan toksin dari badan sekiranya terancam. Kalau terkena pada kulit boleh terus dicuci dengan air. Jika serius boleh terus berjumpa Doktor.
* Selamat dibasmi dengan ridsect. Risau kalau tidak basmi boleh terkena anak pulak nanti.
![](https://i.ytimg.com/vi/JOV44vb9uCk/maxresdefault.jpg)