Perkongsian kali ini adalah berkaitan dengan penyakit sihir...
Akibat sihir yang dihantar kepada si ibu untuk tujuan pemikat@pengasih terbatal, maka diupahnya dukun Siam untuk menyihir anak kecil mangsa menyebabkan si anak sering sakit. Kejam! Anak kecil pun disihirnya. Perkongsian ini adalah memaparkan bagaimana perang membatalkan sihir ini.
Amalan syirik seperti sihir dalam kalangan masyarakat masih tinggi dan buktinya, kira-kira 44,000 pesakit berkaitan kerohanian termasuk akibat disihir mendapatkan rawatan di Pusat-pusat Rawatan Islam.
Ketua Lajnah Penyelidikan dan Pembangunan Darussyifa' Malaysia, Datuk Abdul Rashid Mat Amin berkata, hasil tinjauan di 45 daripada 90 Pusat Rawatan Darussyifa' di seluruh negara pada 2019, secara keseluruhan, 94,000 pesakit menerima rawatan di pusat rawatan ini. "Daripada jumlah keseluruhan itu, kira-kira 70 peratus atau kira-kira 65,000 adalah pesakit wanita.
"Sudah tentunya trend ini amat membimbangkan kerana kepercayaan kepada perkara khurafat dan perbuatan syirik boleh mengakibatkan berlakunya pergeseran akidah umat Islam," katanya.
Ini kerana, menurut Abdul Rashid, perantara bagi amalan sihir tidak terlepas daripada bantuan iblis, jin serta syaitan yang penuh tipu daya selain menyesatkan," katanya. Abdul Rashid berkata, sekurang-kurangnya ada tiga komponen mengapa seseorang itu terdorong untuk mempelajari dan mendapatkan khidmat sihir.
"Pertama, kerana ingin mendapatkan kelebihan dan kuasa supaya individu ini dikenali ramai seperti belajar ilmu kebal.
"Kedua, untuk kecantikan, kacak dan kelihatan menarik serta awet muda dengan cara memakai susuk.
"Ketiga, ia bertujuan mendatangkan penderitaan dan kesakitan berpanjangan kepada individu yang disihir. Ia biasanya didorong perasaan dengki, benci serta dendam," katanya.
Menurut Abdul Rashid, antara bentuk sihir yang zalim tanpa perikemanusiaan adalah sihir santau, sihir pemisah (suami isteri), sihir pendarahan (wanita datang bulan tidak berhenti-henti) dan sihir memandulkan.
Jelasnya, senario seperti ini menunjukkan amalan sihir masih mendapat tempat dalam hati masyarakat.
Kata Abdul Rashid, golongan seperti ini terlalu rapuh jiwanya menyebabkan mereka mudah mempercayai 'kuasa' makhluk lain selain daripada Allah SWT.
"Ada kalanya, segelintir individu mempunyai kepercayaan kuat bahawa penyakitnya boleh sembuh jika bertemu pengamal ilmu sihir.
"Oleh itu, mereka terbawa-bawa dan percaya sepenuhnya bahawa jampi, mantera, tangkal serta azimat yang diperoleh daripada pengamal ilmu sihir terbabit boleh menyembuhkan penyakitnya.
"Cara ini boleh menyebabkan berlakunya pergeseran akidah kerana meletakkan kepercayaan bahawa yang menyembuhkan bukan lagi Allah SWT," katanya.
Abdul Rashid berkata, sihir bermaksud 'sembunyi' sehinggakan penyihir akan membuatkan mangsa tidak mengetahui dirinya disihir.
"Sebahagian besar pesakit yang datang ke Darussyifa' mengadu mereka sudah mendapatkan rawatan di hospital atau klinik, tetapi diberitahu tiada penyakit fizikal yang dapat dikesan, namun sakit masih berterusan.
"Ada individu tidak dapat melakukan pekerjaan selepas dinaikkan pangkat, sedangkan sebelum itu dia cemerlang dalam tugasnya.
"Akhirnya dia dibawa ke Darussyifa' untuk menjalani rawatan secara pengubatan Islam," katanya.
Ditanya amalan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan disihir, Abdul Rashid berkata, bagi individu yang belum terkena sihir, mereka perlulah mendekatkan diri dengan Allah SWT seperti menjaga solat lima waktu, menjaga perkara halal dan menjauhkan perkara haram.
"Banyakkan amalan berzikir dan berdoa meminta perlindungan Allah SWT serta beristiqamah membaca ayat al-Quran setiap hari," katanya.
Dalam video ini, saya telah membuat rawatan dengan seorang lelaki yang menderita sakit akibat sihir khianat manusia. Selepas ruqyah, rupanya ianya terkena sihir oleh keluarga terdekat... akibat hajat tidak kesampaian. Akibat harta, dia telah mencari dukun/bomoh untuk menyihir mangsa dengan niat memporak-porandakan keluarga mangsa! Akibatnya, mangsa dan keluarga telah menderita sakit yang pihak hospitalpun tidak dapat mengesan penyakit mereka secara detail.
Sesungguhnya, manusia itu sangat lemah. Semua kekuatan dan kekuasaan adalah daripada Allah swt. Dia maha besar dan menguasai seluruh alam. Tuhan yang satu. Tiada siapapun yang dapat menandingi kekuatannya kerana dialah Tuhan seluruh alam.
Dalam video ini juga, saya kongsikan untuk pangajaran kita bersama tentang bagaimana lemahnya perbuatan syirik oleh manusia yang menggunakan jin untuk menyakiti manusia lain yang menyebabkan kesakitan yang sangat pedih kepada mangsa dan keluarga. Video ini sekadar perkongsian untuk pengajaran kita bersama agar diri kita tidak akan takut dengan apapun, makhluk di dunia ini. TAKUT HANYA KEPADA ALLAH SWT.
Semoga bermanfaat untuk semua. Terima kasih.
Yang ikhlas,
Cikgu Shahrul Vlog
019-8234199
#siam #sihir #santau
SIHIR ANAK KECIL DARI SIAM
Теги
ayat ruqyah diri sendiriayat ruqyah jarak jauhayat ruqyah penawar sihir & gangguan jinayat ruqyah penyembuh segala penyakitayat ruqyah rumahayat ruqyah susah tidurisu semasapendidikanruqyahruqyah jarak jauhyoutuberSANTAUsantet indonesiaruqyah for evil eyeruqyah shariahruqyah shariah fullTOK SINGAujang bustomigangguan jinkisah seramjalan paling berpuakaayat ruqyahpenawar sihirpenawar gangguan jinisu semasa malaysia